15 MARCH 2010
Alkohol HALAL?
Masyarakat hari ini masih keliru adakah arak dan alkohol itu dua perkara yang berlainan atau perkara yang sama. Arak semestinya mengandungi alkohol tetapi alkohol tidak semetinya arak. Arak adalah arak dan alkohol adalah alkohol. Ini adalah konsep yang harus difahami oleh semua pihak terutamanya umat Islam.
Dalam bahasa arab, arak disebut sebagai khamar. dari sudut bahasa pula ia memberi makna benda yang memabukkan yang diperbuatkan daripada jus buatan (seperti anggur) kerana ia menutup akal. arak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis antaranya barli, rye, jagung, gandum, beras, millet, anggur, epal, pear, tebu, agave, plum, nenas, pisang, halia, ubi kentang, lobak, ubi kayu, nira, madu, susu dan sebagainya.
ada dua jenis arak diminum pada zaman rasullullah dan selepasnya iaitu sebagai khamar iaitu perahan dari buah tamar, anggur, dan lain-lain yang diperam. kedua dinamakan sebagai nabiz. nabiz ialah buahan atau hirisannya yang direndam ke dalam air sehingga rasanya meresap ke dalam air. hukum asal nabiz adalah harus tetapi jika ia telah bertukar menjadi memabukkan maka ia dikira sebagai khamar dan haram diminum.
Jumhur fuqaha' yang terdiri daripada mazhab maliki, Syafi'i, dan hambali berpendapat meminum arak yang diperbuat daripada perahan anggur, buah-buahan atau bijirin lain, banyak atau sedikit adalah haram.
Firman Allah yang bemaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya" (Surah Al-Maaidah: Ayat 90).
Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi s.a.w. bersabda. maksudnya:
"Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram". (HR muslim).
Walaupun arak dikatakan ada manfaatnya tetapi keburukannya adalah lebih besar. Firman Allah yang bermaksud: "mereka bertanyakan kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya." (Surah Al-Baqarah: Ayat 219).
Apakah alkohol? Kamus Dewan mengatakan bahawa alkohol ialah cecair yang mudah terbakar dan memabukkan. Ia terdapat di dalam minuman keras dan lain-lain. Pada kebiasaannya apabila disebut alkohol ia dirujuk kepada ethyl alcohol atau etanol atau ETON.
Satu hakikat yang sangat penting diambil perhatian ialah: ada etanol yang dihasilkan melalui sumber petroleum, ia bukan arak. Etanol yang dihasilkan dari bahan petroleum tidak sama dengan etanol yang dihasilkan daripada perahan buahan, bijirin atau manisan. Etanol yang dihasilkan daripada petroleum bukan dihasilkan daripada bahan yang diharamkan syarak, iaitu arak atau alkohol. Perbezaan ini akan mempunyai impak yang besar terhadap hukum penggunaan etanol.
Apakah hukum penggunaan alkohol bukan arak yang melalui proses fermentasi dalam makanan? Contohnya seperti cuka, tapai, roti, beer dan wain yang bertujuan untuk memberikan rasa dan kritria tertentu dan menjadikannya lebih berperisa, Perlu juga kita tahu adalah semua proses pemeraman akan melahirkan alkohol seperti kicap, sos, budu, jus, kordial termasuk buah kurma yang direndam juga mengandungi alkohol. Rasulullah saw pernah melarang sahabat meminum air rendaman buah kurma yang melebihi tiga hari. Tetapi alkohol ini adalah bukan alkohol arak.
Lantaran itu, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 dan 12 April 1984 telah memutuskan:
a) Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum
b) Minuman ringan yang dibuat sama caranya membuat arak, samada mengandungi sedikit alkohol, atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum
c) Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak atau bukan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal
d) Tapai adalah halal
e) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan
f) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kamdungan alkohol adalah harus dan dimaafkan (kegunaan luar).
Pangalaman Bahagian Hab Halal JAKIM yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pensijilan halal membuktikan terdapat pengusaha restoran, hotel mahupun produk menggunakan bahan-bahan berasaskan alkohol arak atau alkohol industri. Seorang chef muslim terkenal di Malaysia pun mengakui menggunakan rice wine (cuka beras) dalam masakannya sebagai bahan penyedap. Tetapi beliau menggunakan alasan bahawa hanya mencampurkan sedikit sahaja dan tidak menyebabkan mabuk dan akan hilang apabila dipanaskan. Sebagaimana dijelaskan bahwa arak walaupun sedikit dan tidak memabukkan ia tetap haram.
Rasulullah saw bersabda maksudnya:
"Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya pun haram" (HR Abu Daud dan An-Nasai'i)
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 4-6 April 2006 juga telah memutuskan:
"Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampurkan dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ianya adalah halal"
Dapat difahami bahawa alkohol yang dihasilkan bukan melalui proses arak atau terbitannya, dan ia adalah penghasilan proses kimia serta tidak memabukkan adalah tidak najis. Bagaimana pun pada pandangan penulis, untuk mengelakkan kekeliruan umat Islam maka perkataan khamar perlu dikekalkan dan ia merujuk kepada arak.
Sunday, November 14, 2010
Nabi Musa ingin Lihat Tuhan
143. Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu Yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu Yang Maha Suci) supaya Aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke Gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya Engkau akan dapat melihatKu", setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesarannya) kepada Gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan Gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha suci Engkau (Wahai Tuhanku), Aku bertaubat kepadaMu, dan Akulah orang Yang awal pertama beriman (pada zamanku).Al-A’rof 143
Dadih
Jom belajar cara buat dadah
ahhhtikeL Add comments
May 042010
Aku dapat tau pun sebab search kat google.. aku suka sangat layan benda ni bila time lepas makan. best woo.. so aku pun nak la jugak cuba buat sendiri. Ia la benda ni bukan ada jual sangat.. biasa kat pasar malam je takpun kat cafe tempat keje aku. tu pun kadang ada kadang tak.. adoi.. so baik aku buat sendiri letak dalam peti ais.. hehe.. poyo je aku ek.. macam la ada masa nak buat. haha.. takpe la aku juz nak kongsi je. ni pun aku belajar dari sini.
jadi mari kita mulakan:
Bahan :
1packetagar-agarbiasa(strips)
5.5literairpaip
1peketcoffeemate
1kggulapasir
1tinsusucair
perasa ikut suka (jagung, koko, strawberry dan lain2 ..)
Cara :
1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar hancur. Masukkan gula dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan coffeemate dan susu cair. Biar mendidih sekejap. (coffemate berfungsi supaya jadi lebih gebu, lembut dan enak)
3. Bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut berapa perasa yang anda nak guna.
4. Setiap bahagian, masukkan perasa dan tuang dalam bekas kecil
5. Buat sampai habis.
6. Sejukkan sebelum ditutup covernya. Dah sejuk betul, baru tutup, kalau tidak, nanti senang basi.
7. Masukkan dalam peti ais dan boleh makan bila sudah sejuk.
ahhhtikeL Add comments
May 042010
Aku dapat tau pun sebab search kat google.. aku suka sangat layan benda ni bila time lepas makan. best woo.. so aku pun nak la jugak cuba buat sendiri. Ia la benda ni bukan ada jual sangat.. biasa kat pasar malam je takpun kat cafe tempat keje aku. tu pun kadang ada kadang tak.. adoi.. so baik aku buat sendiri letak dalam peti ais.. hehe.. poyo je aku ek.. macam la ada masa nak buat. haha.. takpe la aku juz nak kongsi je. ni pun aku belajar dari sini.
jadi mari kita mulakan:
Bahan :
1packetagar-agarbiasa(strips)
5.5literairpaip
1peketcoffeemate
1kggulapasir
1tinsusucair
perasa ikut suka (jagung, koko, strawberry dan lain2 ..)
Cara :
1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar hancur. Masukkan gula dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan coffeemate dan susu cair. Biar mendidih sekejap. (coffemate berfungsi supaya jadi lebih gebu, lembut dan enak)
3. Bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut berapa perasa yang anda nak guna.
4. Setiap bahagian, masukkan perasa dan tuang dalam bekas kecil
5. Buat sampai habis.
6. Sejukkan sebelum ditutup covernya. Dah sejuk betul, baru tutup, kalau tidak, nanti senang basi.
7. Masukkan dalam peti ais dan boleh makan bila sudah sejuk.
Thursday, November 11, 2010
Fasa-Fasa Bulan-HILAL

Ini adalah fasa-fasa pergerakan Bulan bermula dari Hilal , bulan penuh dan kembali ke bentuk bulan sabit, ianya berlaku pada setiap bulan. Ijtima' Matahari, Bulan dan Bumi berlaku pada akhir Bulan Hijriah. Iaitu ketiga-tiganya berada dalam garisan yang sama. Pad kitika ini permukaan bulan yang gelap akan menghadap ke Bumi menyebabkan kita tidak dapat melihat Bulan.
Apabila Bulan mula beredar keluar dari garisan selari ini iaitu ke sebelah kiri Bumi, sebahagian permukaan bulan akan terkena cahaya matahari dan memantulkan cahayanya ke Bumi dan ketika ini penduduk Bumi akan melihat pantulan cahaya ini. Ternampaknya pantulan cahaya yang pertama ini di namakan HILAL atau anak Bulan.
Astronomi
Tahun cahaya (LY) ialah jarak masa yang digunakan dalam astronomi selain AU (Astronomy unit) juga merupakan unit jarak yang digunakan.
1 LY=9.46 trillion km=63.241 AU. 1AU=150,000,00 km, AU 1alah jarak di antara Bumi dengan Matahari. Sistem suria kita adalah di dalam galaksi Bima Sakti yang mempunyai kira2 400 juta bintang, Matahari adalah salah satu dari bintang tersebut. Bintang yang terdekat dengan Matahari ialah Proxima Centauri yang berjarak 4.2 LY atau 18.92 trillion km. Andromeda merupakan galaksi yang terdekat dari galaksi Bima Sakti yang berjarak 2.5juta LY.
Wednesday, November 10, 2010
pengiraan mukasurat permulaan Juzu' Al-quran.
Untuk mengetahui muka surat bagi permulaan juzu' Al-Quran. Gunakan formula (Juz-1)x2, jawapan yang diperolehi ditambah dengan angka 2, contoh pengiraan. Mencari muka surat pada permulaan Juz 16. 16 -1=15, 15 x 2=30, 30 tambah dengan angka 2=302, oleh itu Juz 16 ialah pada mukasurat 302- kaedah ini hanya terpakai untuk Al-Quran resam Usthmani. Untuk juz 6= 6-1=5, 5x2=10, 10 tambah 2=102, Juz 6 pada muka surat 102.
Subscribe to:
Posts (Atom)