Thursday, November 11, 2010

Fasa-Fasa Bulan-HILAL







Ini adalah fasa-fasa pergerakan Bulan bermula dari Hilal , bulan penuh dan kembali ke bentuk bulan sabit, ianya berlaku pada setiap bulan. Ijtima' Matahari, Bulan dan Bumi berlaku pada akhir Bulan Hijriah. Iaitu ketiga-tiganya berada dalam garisan yang sama. Pad kitika ini permukaan bulan yang gelap akan menghadap ke Bumi menyebabkan kita tidak dapat melihat Bulan.


Apabila Bulan mula beredar keluar dari garisan selari ini iaitu ke sebelah kiri Bumi, sebahagian permukaan bulan akan terkena cahaya matahari dan memantulkan cahayanya ke Bumi dan ketika ini penduduk Bumi akan melihat pantulan cahaya ini. Ternampaknya pantulan cahaya yang pertama ini di namakan HILAL atau anak Bulan.

Astronomi


Tahun cahaya (LY) ialah jarak masa yang digunakan dalam astronomi selain AU (Astronomy unit) juga merupakan unit jarak yang digunakan.

1 LY=9.46 trillion km=63.241 AU. 1AU=150,000,00 km, AU 1alah jarak di antara Bumi dengan Matahari. Sistem suria kita adalah di dalam galaksi Bima Sakti yang mempunyai kira2 400 juta bintang, Matahari adalah salah satu dari bintang tersebut. Bintang yang terdekat dengan Matahari ialah Proxima Centauri yang berjarak 4.2 LY atau 18.92 trillion km. Andromeda merupakan galaksi yang terdekat dari galaksi Bima Sakti yang berjarak 2.5juta LY.

Followers