
Ini adalah fasa-fasa pergerakan Bulan bermula dari Hilal , bulan penuh dan kembali ke bentuk bulan sabit, ianya berlaku pada setiap bulan. Ijtima' Matahari, Bulan dan Bumi berlaku pada akhir Bulan Hijriah. Iaitu ketiga-tiganya berada dalam garisan yang sama. Pad kitika ini permukaan bulan yang gelap akan menghadap ke Bumi menyebabkan kita tidak dapat melihat Bulan.
Apabila Bulan mula beredar keluar dari garisan selari ini iaitu ke sebelah kiri Bumi, sebahagian permukaan bulan akan terkena cahaya matahari dan memantulkan cahayanya ke Bumi dan ketika ini penduduk Bumi akan melihat pantulan cahaya ini. Ternampaknya pantulan cahaya yang pertama ini di namakan HILAL atau anak Bulan.
No comments:
Post a Comment